Saturday, August 1, 2009

Michael Schumacher returns??!!




Selepas kecelakaan hebat di litar Hungaroring, keadaan pemandu Brazil Felipe Massa dinyatakan doktor tidak membahayakan. Pemandu Ferrari ini harus menjalani pembedahan tengkorak kerana retak. Minggu (26/7) pagi, Massa sudah sedar dan kemudian menjalani CT scan untuk memastikan keadaannya tidak membahayakan.

Juru bicara kementerian pertahanan Hungaria Istvan Bocskai mengatakan, Massa belum boleh bercakap, namun boleh beraksi dengan menggerakkan kaki dan tangannya ketika diajak berkomunikasi.
Robert Veres, doktor yang terlibat dalam pembedahan itu mengatakan, keadaan Massa stabil. Veres menyebut, Massa mengalami kerosakan mata kiri meski belum mengetahui seberapa parah kerosakan tersebut.

Massa dibawa ke hospital, setelah bahagian kereta pemandu Brawn, Rubens Barrichello terbang dan menghentam kepalanya. Setelah kepala terkena pecahan kereta, Massa tak boleh mengendalikan keretanya sehingga merempuh halangan dalam kelajuan sekitar 190 km/jam.
Insiden itu terjadi pada sesi kelayakan kedua GP Hongaria, Sabtu (25/7). akibatnya, Massa tidak boleh memandu sampai akhir musim. Ferrari kini sedang kebingungan mencari pengganti tempat Massa, paling tidak untuk GP Eropa yang digelar di Valencia, 23 ogos akan datang. Mantan juara dunia Michael Schumacher dan Fernando Alonso ada dalam daftar calon paling kuat.

Schumacher, juara dunia F1 tujuh kali ini dan boleh sahaja kembali setelah mengingatkan hubungan dekatnya dengan team Ferrari, team yang membawanya juara dunia lima kali.
Sedangkan pemandu Renault, Fernando Alonso, teamnya baru saja diberi penalti tidak boleh mengambil bahagian di GP Eropa, Valencia, setelah membiarkan kereta pemandu itu meninggalkan pit dengan keadaan ban yang membahayakan.

~sumber AP


p/s: yahuuu...siap ko brawn mrcedes..go maikel go..

0 comments:

Post a Comment

 

ApeX-On-Air Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008