Sunday, July 26, 2009

THE ARRIVALS – Siri Video Dokumentari Mengenai KEDATANGAN Dajjal, Imam Mahdi dan Nabi Isa ‘Alaihissalam


Awal tahun lalu aku ada menonton sebuah filem Dokumentari bertajuk "The Arrival" yang semakin popular ketika rejim zionis tengah feel membedil member kita dan di afrika manusia semakin kurus lagi seksi daripada Oprah Winfrey di U.S. Cerita buah tangan "Hashim Film" yang diteruskan kajian oleh Noreagaaa Production sebanyak 50 episod membongkar kisah dunia antara hak dan batil secara menyeluruh ! baca sampai habis supaya fikiran tidak terganggu !

The Arrivals merupakan klip-klip video yang mengisahkan tentang bukti-bukti yang menunjukkan betapa Hari Kiamat itu sudah semakin hampir - dengan penguasaan semula Firaun moden di dunia ini (monarki England), pembinaan bangunan tinggi (negative energy point) untuk menyambut kehadiran Dajjal, pengorekkan tapak Masjid Al-Aqsa (solomon temple) oleh tentera Yahudi untuk mencari ilmu menguasai jin (yakjud-makjud), dan pembongkaran salahsilah Nabi Muhammad swt yang membawa kepada Muhammad Al- Mahdi.

Sejak awal tahun ini, dunia telah dibanyangi oleh keganasan rejim ZIONIS terhadap MANUSIA TIDAK BERSALAH di Palestin, mengape aku cakap Zionis bukan Yahudi ?
Zionis dan Yahudi itu sama dan juga berbeza, jangan resah, Islam akan bangkit dan menawan semula kota baitulmaqdis pada penghujung zaman nanti. Dan semua serangan musuh-musuh kita (syaitan) itu cumalah suatu ujian daripada Allah S.W.T, kita harus belajar daripada kesilapan yang kita tidak sedari. ZIONIS juga adalah MANUSIA , cuma SYAITAN yang menghasut mereka menjadi seperti sekarang. Jadi aku ingin cerita tentang kesilapan yang kita tidak sedari. kalau korang bosan sila tidur sekarang !

Dan korang ingat tak peristiwa 11 September 2001, World Trade Center runtuh dilanggar kapal terbang yang dikatakan dirampas oleh Osama bin Laden. Aku masih ingat beruk putih iaitu, Bush beria-ria akan mencari siapa punya angkara yang menyerang WTC hingga ke lubang cacing !




Pada 24 June 1717, sebuah pertubuhan bernama "FREEMASON" telah mendirikan Grand Lodge pertama di London. Freemasonry terdiri dari dua kata yang di satukan. Free artinya bebas, sedangkan Mason adalah "juru ukir" atau pembangun. Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan "Haikal Sulaiman" atau Solomon Temple. Korang mesti tak faham apa bende itu "Haikal Sulaiman ?"

Antara yang popular tentang "Haikal Sulaiman" ialah monumen itu berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjidil Aqsa di Palestin. Sebenarnya, Freemason ini ialah gerakan rahsia yang dipelopori oleh kaum yahudi-ZIONIS yang bertentangan dengan yahudi-ORTODOKS.


Jika Anda sudah tahu tentang sejarah Bani Israel, tidak perlulah baca
artikel dibawah yang berwarna biru ini, terus "skip" sambung di bahagian bawah yang bertanda "sambung isu Freemason" berwarna merah dibawah.

Jika kita berbicara tentang kaum yahudi-ZIONIS laknatullah ini, kisahnya sungguh panjang, sejak zaman Nabi Ibrahim a.s merupakan pembuka kisah tentang kaum yang degil ini.

Dipendekan, Nabi Ibrahim a.s berkahwin dengan Siti Sarah dan pada mulanya tidak mendapat anak, dan apabila Nabi Ibrahim a.s berkahwin dengan Siti Hajar, mereka mendapat anak bernama Ismail a.s , tidak berapa lama kemudian, Siti Sarah pun melahirkan anak bernama Ishak a.s , keturunan Nabi Ismail a.s merupakan nenek moyang kepada keturunan orang Arab, manakala keturunan Nabi Ishak a.s ialah nenek moyang orang yahudi. Anak Ishak a.s, ialah Yaakub a.s , Yaakub a.s mempunyai 12 orang anak dan anak bongsunya ialah Yusuf a.s , jejaka paling hensem kat muka bumi, Yusuf a.s telah dibuli oleh abang-abangnya sejak kecil. Daripada 12 orang inilah asalnya keturunan Yahudi.

Bani Israel sejak dahulu degil dan tidak mahu mengakui keesaan Allah S.W.T, banyak rasul telah diutuskan, dan pelbagai bala diturunkan, namun mereka tetap degil, salah satu bala yang diturunkan ialah mereka telah ditangkap oleh Firaun dan di seksa dengan dijadikan hamba beratus-ratus tahun, sehingga zaman Nabi Musa a.s , Allah S.W.T mengirim Musa a.s membawa keluar yahudi daripada cengkaman Firaun di Mesir ke Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine) untuk memulakan hidup baru, dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).

Namun, golongan yahudi-ZIONIS tidak dapat menerima hidayah malah memutarbelitkan ajaran Nabi Musa melalui menggubal semula kandungan dalam kitab Taurat menjadi kitab Talmud !

Selang beberapa Rasul silih berganti, Ketika Nabi Daud a.s, lalu anaknya Sulaiman a.s yang menjadi Raja di tanah Palestin suatu ketika dahulu adalah sebagai utusan Allah S.W.T , jika kita buka lembaran sejarah Sulaiman a.s yang mengutuskan surat melalui burung kepada puteri Balqis dimana rakyatnya yang menyembah "Matahari" supaya kembali ke jalan yang benar.

Selepas kewafatan Sulaiman a.s , bani israel kembali ke zaman jahiliahnya, sehingga rasul terakhir yang diutuskan kepada Bani Israel iaitu Nabi Isa a.s , mereka tetap degil dan masih tidak mahu mengakui keesaan Allah S.W.T , malah mereka merangcang untuk membunuh utusannya itu dengan menyalibnya, Namun, mengikut Islam, Allah S.W.T menyelamatkan Isa a.s dengan mengangkatnya ke langit dan akan tiba pada hari kiamat kelak menentang Dajjal laknatullah, dan orang yang mereka salib itu adalah orang lain yang ditukarkan wajahnya seperti Nabi Isa a.s

Sehingga Rasul terakhir yang diutuskan, mereka menyangka Rasul terakhir merupakan dalam kalangan Bani Israel, tetapi Allah S.W.T menentukan Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah di kalangan Bani Arab Quraisy untuk menurunkan Agama Islam dan untuk dihayati dan diikuti oleh semua umat manusia dan masih terpelihara sehingga kini.Pada zaman Rasulullah S.A.W dulu, yahudi juga selalu mencuba untuk menjatuhkan Islam, Namun, Rasulullah S.A.W berjaya menyebarkan Islam sehingga tertubuhnya kerajaan Islam pertama di Madinah.Pada zaman Rasulullah S.A.W , Islam begitu kuat sehingga yahudi tidak dapat berbuat apa-apa, dan banyak musuh-musuh Islam seperti kerajaan Byzantine di Rom pun tewas dalam perang Mu'tah, orang yahudi dan arab quraisy tewas dalam peperangan badar dimana tentera islam hanya seramai 313 menentang 1000 tentera kafir. Islam begitu kuat ketika zaman Rasulullah S.A.W dahulu.Mereka tidak dapat menerima takdir Allah S.W.T itu.



"Sambung isu Freemason"

Tidaklah sesat seseorang itu jika berpandukan Al-Quran dan Hadis,

Sebenarnya banyak Hadis dan Firman Allah S.W.T yang menerangkan tentang Bani Israel.

Berbalik kepada topik "FREEMASON" ini tadi, mereka dipelopori oleh golongan YAHUDI-ZIONIS ,

Actually, ZIONIS inilah dalang segala-gala kejahatan, dan tangan-tangan kotor yang cuba mengatur dunia dengan kehendak mereka sendiri, maksud di sebalik misi
"the Temple of Solomon" atau kuil Haikal Sulaiman :

Setelah kewafatan nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah kerajaan Assyurria dan Babylon (IRAQ) pimpinan Raja Nebuchadnezzar atau pergi ke Mesir sebagai pelarian. Tanah Bani Israel hancur diserang oleh kerajaan Babylon nih.


Ketika raja Parsi, Cyrus the Great sekitar tahun 539 SM yang telah dikelirukan oleh orang kafir sebagai Alexander the Great, mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

(kemungkinan Raja Parsi, Cyrus ini adalah lelaki misteri yang disebutkan dalam surah Al-kahfi yang bernama Zulkarnain)

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Pada zaman berikutnya, yahudi ditimpa bencana lagi, apabila peristiwa pembersihan etnik yahudi yang berlaku di eropah, seperti di russia, jerman oleh tentera Nazi dan lain-lain lagi.

Actually, Pembersihan etnik YAHUDI yang dilakukan oleh tentera NAZI pimpinan Encik Hitler
yang digelar peristiwa HOLOCOUST (PEMBAKARAN) itu adalah PEMBUNUHAN beramai-ramai etnik YAHUDI-ORTODOKS DAN WARGA KRISTIAN EROPAH DAN YAMAN OLEH YAHUDI-ZIONIS!





Antara perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah apakah kaitan Yahudi ini dengan kuil haikal sulaiman ? dan apakah kaitan "Freemason" dengan haikal sulaiman ? Mengapakah mereka mahu merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina semula Temple of Solomon ?

Antara tanda tanya yang bermain difikiran adalah zionis atau yahudi ini telah menjumpai sebuah TABUT NABI SULAIMAN YANG MENGANDUNGI rahsia-rahsia kehebatan Sulaiman a.s yang dikurniakan Allah S.W.T DAN RAHSIA-RAHSIA SEJARAH DUNIA ? ,

dan mereka kini sedang mengorek lagi rahsia the Temple of solomon ? Mungkin mereka menubuhkan pertubuhan "Freemason" ini berdasarkan penemuan rahsia itu ?

Apabila kita bercakap pasal Freemason ini, pertubuhan ini sangat merbahaya kepada dunia hari ini. "Freemason" merupakan pertubuhan rasmi oleh Zionis pada dunia moden hari ini.
Agenda-agenda zionis sejak zaman purbakala lagi diteruskan, dan yang ini mungkin misi terakhir mereka iaitu menakluk seluruh muka bumi dengan propaganda "Novus orde Secloroum" yang tertera ditulis diatas dollar amerika dalam bahasa latin yang bermasud kehidupan baru yang sekular iaitu mengamalkan kehidupan hedonistik, mengutamakan hiburan yang menglalaikan malah kehidupan tanpa batasan agama. lebih kurang seperti fahaman "Ateis" yang tidak mengakui keesaan tuhan.

Sejak dahulu terlalu banyak agenda penyelewengan yang telah dilakukan oleh Zionis,
Setiap Agama yang Allah S.W.T turunkan, mereka tidak menerimanya malah mengubah kandungan kitab-kitab yang disampaikan oleh utusan Allah S.W.T seperti kitab Taurat
"The
Old Testament"yang disampaikan oleh Musa a.s , mereka menggubal semula taurat dan mencipta kitab mereka sendiri yang digelar "Talmud" yang ternyata menjadi pegangan sesat mereka selama ini.

malah mereka memperalatkan dunia, Agama Kristian yang dianuti berjuta-juta manusia hari ini adalah agama ciptaan mereka sebenarnya, Isa a.s diutuskan kepada Bani Israel, tetapi Bani Israel menolak ajaran Isa a.s dan menyelewengkan ajaran Injil (new testament) oleh Isa a.s dengan menggubal semula kandungan Injil dan terjadilah kitab Bible seperti mana hari ini yang ternyata banyak unsur penyelewengan dalam Bible ciptaan manusia itu.


Hanya Agama Islam merupakan Agama Samawi yang terpelihara, malah sudah banyak Al-hafiz yang menghafal setiap ayat yang terdapat di dalam Al-Quran. Marilah kita sama-sama supaya mencuba menghafal ayat-ayat suci Al-Quran supaya ia sentiasa terpelihara hingga akhir zaman.

bukan tiada penyelewengan yang dilakukan terhadap kitab suci Al-Quran, biasalah manusia, sentiasa dihasut oleh syaitan supaya mengingkari perintah Allah S.W.T

Banyak lagi AGENDA ZIONIS untuk mengatur dunia mengikut corak kotor mereka, setiap yang dilakukan Inggeris semuanya ditaja oleh Zionis sejak zaman dahulu lagi. Dan setiap yang dilakukan Zionis ditaja oleh orang Inggeris atau digelar Oreng putih.

Bahaya tentang "Freemason" ini kerana mereka dipelopori oleh Zionis yang berpengaruh di muka bumi, selain mempunyai otak yang geliga, mereka sangat kuat berlari, sangat hensem dan cun-melecun sehingga kita boleh terlupa solat terawih, apabila melihat sungguh hensem jejaka dalam cerita Twilight tu, sungguh cun-melecun gadis Hannah Montana tu. Freemason ini juga mempunyai berjuta-juta ahli yang berprofail tinggi di seluruh dunia.
Di Malaysia, terdapat jugak ahli Freemason yang menjalankan agenda-agenda mereka. Mereka cukup merbahaya, sudah cukup dengan merosakkan pemikiran remaja kita dengan hiburan yang mengjengkelkan, mereka merosakkan fikiran pemuda kita sejak daripada kecil lagi, Antara senjata terhebat mereka ialah "kotak ajaib" yang sungguh menggairahkan apabila dilihat.
seperti penyiaran cerita kartun Doraemon dikala matahari mengucapkan selamat tinggal.
Sungguh cute doraemon tu hingga budak kecil tak mahu berganjak daripada depan televisyen, Shin Chan dan Spongebob juge come lote sehingga orang dewasa juge menggemarinye dan meninggalkan Pak Abu, tok siak masjid sembahyang Maghrib seorang diri sambil menangis penuh kesyahduan.


Korang pernah dengar tak tentang "isu pokemon" dan yahudi suatu ketika dahulu, itu sebenarnya adalah "Mind Control" yang menggunakan teknik repeation "pengulangan" yang menyerang Minda Bawah Sedar ketika khusyuk menonton kartun Pokemon itu lalu mempengaruhi sikap kanak-kanak itu.

"Mind Control" ini sangat merbahaya terhadap golongan belia2 Islam, ini adalah senjata utama yang melemahkan musuh-musuh Zionis. Korang tahu ? "Minda Bawah Sedar" (MBS) ini ialah anugerah Allah S.W.T kepada Manusia ia umpama Jin seperti dalam cerita Alladin (agenda yahudi juga) yang menunaikan apa-apa permintaan dengan izin Allah S.W.T

MBS merupakan antara rahsia kelebihan Sulaiman a.s yang berjaya di korek Zionis. Yahudi mengajarkan anak-anak mereka tentang ilmu keduniaan sejak kecil dan mereka set-up pemikiran kanak-kanak Yahudi supaya membenci Islam sejak daripada kecil.


Banyak pemikir terulung zaman moden yang memengangi anugerah Nobel adalah dikalangan kaum Bani Israel. Mereka menguasai ilmu dunia , kita harus menjadi seperti mereka dari aspek ilmu pengetahuan !

Antara agenda lain Freemason ini ialah mereka mahu mengaturkan segala-gala aspek seluruh dunia,
pengaruh Freemason ini amat kuat dalam negara jajahan British ! mereka mempengaruhi soal kepercayaan, gaya hidup ( SOSIAL ) , POLITIK, EKONOMI dan PENDIDIKAN dalam negara takluknya.
Negara kita bagaimana ?




Antara persoalan2 yang masih terungkai :


Apakah kaitan sejarah World War I and II dengan ekonomi dunia ? Mengapa sekarang ekonomi U.S.A tumbang ?
Apakah maksud agenda Freemason dalam hiburan ? politik ? sosial ? pendidikan ? dan ekonomi ? Siapakah Paris Hilton ? Madonna ? Steven Spielberg ? Rihanna ? Britney Spears ?
Apakah kaitan "mind control" dengan industri hiburan dunia ?
Apakah Filem-filem Hollywood sangat mengujakan ?
Apakah kaitan maksud lambang-lambang syarikat-syarikat besar dunia seperti Dunhill,Malboro,Calsberg, dan coca-cola ? apakah maksud StarBucks ? Bucks = money , Star = ?, money for ?
Apakah kaitan antara keluarga Bush dan Queen Elizabeth ? Apakah rahsia Barrack Obama ? Adakah Arab Saudi di zaman dahulu mempunyai Raja ?
Apakah UFO yang dinyatakan itu benar ? Alien itu wujud ?
Mengapakah Michael Jackson seorang penyanyi bermasalah yang masuk Islam ?
Siapakah yang mengasaskan dunia hiburan seperti "Hollywood ?"

Adakah perang dunia ketiga akan terjadi ?

Mengape Italy memusuhi U.S.A sedangkan Vatican City tempat suci Kristian terletak di Rome, dan Italy juga memusuhi Islam ?
Apakah maksud simbol "Swastika" yang digunakan oleh tentera Nazi Aldolf Hitler misai kontot tu,
Apakah kaitan simbol-simbol seperti tangan "Hardcore",senibina piramid,kubah,tiang, cara pemakaian "monkey coat",checkered floor, pentagon, two pillars, matahari, dan one eye ?
Apakah motif pembinaan Sunway piramid di Malaysia ,maksud Sunway = jalan + matahari dan apakah persamaan dengan Sunday = hari ahad, orang Kristian mengunjungi gereja ?
Apakah kaitan watak ciptaan (refer kepada Bible bukan Al-quran) Jesus dengan Horus
(dewa matahari orang pagan) yang lahir pada 25 december, dan Jesus dikatakan anak Mary manakala Horus anak Isis yang dikatakan lahir tanpa Bapa ?
(kebenarannya ciptaan yahudi berkenaan Jesus ialah Isa a.s dan Isa a.s memang ditakdirkan Allah S.W.T lahir tanpa bapa (refer kepada Quran)
Siapa gerangannya Statue of Liberty di U.SA itu ?


Mengapakah Sukan Olimpik masih mengamalkan upacara larian membawa obor ?
Apakah kaitan Dewa pagan Zeus dan anaknya Hercules terhadap acara seperti merejam lembing, lompat tinggi, lompat jauh , dan lumba lari dalam sukan Olimpik ?
Apakah maksud angka 13 dan kaitannya dengan zionis dan bilangan jalur di bendera U.S.A dan bilangan bulu pelepah burung di lambang U.S.A ?
Apakah maksud lambang bintang bucu 6 di bendera Israel ?
Apakah maksud angka 32,33 dan 666 ?
Siapakah yang mengasaskan muzik-muzik yang cool seperti pop,rock,hardcore ?
Apakah maksud stail rambut Trojan yang dipopularkan oleh Beckham ?
Siapakah yang mengasaskan sukan bola sepak ?
Apakah lambang kelab bolasepak gergasi England, Manchester United ?
Apakah kaitannya hubungan antara kapitalis inggeris, Freemason dan golongan anarkis seperti puak Punk dan Skinhead di UK !
Apakah motif utama gerakan Freemason ? dan apakah kaitannya dengan Dajjal ?
Apakah kaitannya dengan illuminati dan AntiChrist ? Antiagama ? Sembah ape weh ?
dan ape kaitan Bush dengan Mok Biah dalam cerita puaka niyang rapik ?
Mengapa bush tidak berjaya disantau semasa lawatannya ke Indonesia, sedangkan ketua bomoh ucin pailang secara terbuka mengatakan telah mengumpul 50 pengamal ilmu mistik yang terhebat didunia untuk menyantau encik Bu.shit sebelum kedatangannya lagi ke Indonesia, encik bu.shit kelihatan slumber sajer ke sane ?
Mengapekah lanun dan watak lanun dalam movie Pirate and the carribien menutup sebelah mata kanan ?
Mengapakah dalam cerita The Lord of the ring terdapat kisah tentang "two towers" dan kisah Frodo naik keatas puncak ntuk menghapuskan cincin tu supaya "one eye" dalam cerita tu tidak berkuasa ?
dan banyak lagi unsur illuminati dalam filem2 Hollywood seperti filem atau cerita The Matrix, Stargate, dan pahlawan dalam cerita stargate mempunyai simbol satu mata di dahi, manakala filem Tomb Raider, National treasure ? filem2 satu warna ?
Apakah ahli magis terhebat dunia seperti Harry haudini,David Copperfield, dan Chris Angel yang boleh mengghaibkan seekor gajah, mengghaibkan Statue of liberty, Terbang seperti cerita dongeng Peter Pan, berjalan di atas air, berjalan melepasi kaca, mengangkat sesutau objek dengan bayang-bayangnya, berjalan menetang graviti, dan adakah ahli magis ini adalah daripada keturunan Mok Biah dalam cerita seram melayu tu ?
dan paling menakutkan kisah seorang magician u.s.a Chris Angel membuat pertunjukkan magis di jalanan dengan menyuruh seseorang berbaring lalu memisahkan badannya menjadi dua dan masih hidup lalu mencamtumkannya kembali sama seperti kisah Dajjal yang berbunyi :


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1890.
Dari Abu Sa'id r.a. katanya: Rasulullah saw. pada suatu hari bercerita kepada kami suatu cerita yang panjang berkenaan dengan dajjal. Dalam cerita itu beliau menyebutkan: "Nanti dajjal itu datang, sedang dia tidak dibolehkan masuk pusat kota Madinah. Lalu dia bertempat pada suatu tanah kosong dekat Madinah. Maka datanglah kepadanya di hari itu seorang laki-laki yang amat baik dan mengatakan (kepada Dajjal itu): "Saya mengakui, bahawa engkau ini dajjal yang telah diberitakan kepada kami oleh Rasulullah saw." Dajjal itu berkata: "Bagaimana pendapat kamu, kalau sekiranya orang ini saya bunuh, kemudian saya hidupkan kembali, apakah kamu masih ragu dalam hal ini?" Mereka menjawab: ''Tidak!'' Lalu orang itu dibunuhnya dan dihidupkannya kembali. Laki-laki tadi berkata: "Demi Allah! Pada hari ini saya lebih mengerti tentang engkau (sebenarnya dajjal)." Lalu Dajjal itu hendak membunuh laki-laki tadi, tetapi dia tidak sanggup lagi melakukannya.


Sebenarnya, misi mereka baru separuh tercapai berikutan simbol "one eye" dalam piramid kecil tidak bercantum lagi yang tertera diatas Dollar Amerika Bill.

Adakah golongan ini yang membudayakan dunia global sejak zaman purbakala hingga wujudnya roti canai eh, silap i-phone ?
sungguh kerdilnya diriku dengan rabbi yang maha esa Allah S.W.T

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1499.
Dari Abdullah r.a., katanya: Pada suatu hari Nabi s.a.w menceritakan di tengah-tengah orang banyak tentang Al Masih Dajjal. Beliau bersabda: "Tuhan itu tiada buta sebelah. Ketahuilah Al Masih Dajjal itulah yang buta matanya sebelah kanan seolah-olah matanya itu anggur yang terulur ke luar. Pada suatu malam, waktu saya tidur dekat Kaabah saya bermimpi. Ketika itu saya lihat ada seorang laki-laki kemerah-merahan warna kulitnya, amat bagus sekali, rambutnya terurai antara bidang bahunya, tersisir baik, kepalanya menitikkan air, licin berkilat, diletakkannya tangannya di atas bahu dua orang laki-laki dan ia tawaf di Baitullah (Ka'bah). Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: Inilah Al Masih anak Maryam". Kemudian saya melihat seorang laki-laki di belakang orang itu, keriting lagi pendek rambutnya, buta matanya sebelah kanan, serupa dengan orang yang saya lihat dari Ibnu Qathan, diletakkannya kedua tangannya di atas bahu seorang laki-laki juga tawaf di Baitullah. Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: "Al Masih Dajjal!"


Jelas kelihatan hadis ini menerangkan tentang Dajjal yang dikatakan seperti Ibnu Qathan seorang sahabat, Dajjal manusia or nottttt ?
semua jawapan telah tertulis di atas ?
Apakah maksud menutup sebelah mata kanan ?

artinya kaum Zionis menutup sebelah lagi jalan iaitu akhirat ! mereka terlalu mengagungkan dunia dan memandang dangan sebelah mata iaitu nikmat sementara !

Siapakah keluarga di-raja di arab saudi ? U.A.E ?

Dan akhrir persoalan tanah apakah yang dikatakan "THE PROMISE LAND" oleh ZIONIS ???
Adakah sebuah negara dipanggil Tanah hujung yang bernama M?? kenape dalam cerite Pirates and the Caribean singgah di Singapore ?


dan dibawah tatapan tambahan.





Madonna, with "one eye"





Madonna and Britney in Real Masonic ritual concert ! MTV award 2003


Gambau 2 bimbo omputih kisin-kisin tu adalah salah satu upacara dalam ritual sebenar illuminati, dalam upacara tu, madonna turun daripada 13 anak tangga, dan mereka menyanyikan lagu khas seperti jampi serapah yang memuja jin-jin mereka seperti black metal juga ! Madonna memakai baju khas warna hitam untuk ritual ini manakala Britney dan C.Aguilera memakai baju yang sama seperti diatas. Antara perkara basic yang dilakukan dalam ritual mereka ialah lantai bercorak "checkered floor" , "two pillars" "tapak berbentuk
"pentagon" yang dikatakan adalah elemen yang mempunyai aura positif terhadap pembukaan "Stargate" antara dunia nyata dan ghaib iaitu dunia Jin dan syaitan.atau name glamer Ceplos !


Dokumentari "HashimFilm" yang diteruskan oleh Geng Noreagaaa Production yang aku rasakan daripada golongan Syiah melakukan kajian secara persendirian ! tak bermakna kita harus percaya bulat-bulat mengenai kajian ini, hati orang mana kita tahu, tapi dalam konteks ini, aku nak memberitahu kepada orang kita yang islam yang baru bajet "cool" macam mereka nie(fesyen melampau2,smpai nmpak bukit susu n mcm2 lagi) berhenti-hentilah ! ternyata yang kafir itu musuh yang nyata ! bagai aku tiada konspirasi tentang perkara ini lagi ! sama ada betul atau tidak, mereka ternyata memang begitu !


di bawah ni adalah contoh daripada part2 video the arrival yg telah ditranslate ke BM oleh saudara sukkee.. sila la mem'play'kan video ni ok..:










dan check-up link ini untuk kajian selanjutnya tentang keseluruhan video ! atau untuk berbahasa melayu di sini


fikir-fikirkan frasa ni !

"apabila matahari terbit disebelah barat, semuanya akan ok esok !"

"semua manusia ade melakukan kesilapan, dan mereka masih ade kesempatan untuk berubah"



p/s: yang baik datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang daripada aku dan sumber2 di atas ini diperolehi daripada sahabat semuslim yg lain,aku juga insan lemah ...wallahualam...

 

ApeX-On-Air Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008