Friday, April 3, 2009

JAIS nak siasat video hina islam



Ish2..dunia sekarang,nampak tak budak tak guna kat atas tu,tau x dia dok watpe?...dok buat video haram. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kata akan menyiasat klip video seorang lelaki didakwa menghina Islam seperti yang dipaparkan menerusi laman web You Tube bertajuk 'Melayu Boleh Makan Babi'. Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mendapati klip video itu secara nyata menyalahi Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Penyebarannya menyalahi peruntukan undang-undang agama Islam sama ada ia disebarkan melalui buku, tulisan, ucapan dan sebagainya termasuk menerusi Internet," katanya di sini semalam. Beliau berkata camtu ketika mengulas rakaman selama 1.22 minit menunjukkan seorang lelaki tanpa memakai baju sujud menyembah bingkai yang kelihatan seperti ayat-ayat al-Quran sambil mengajak umat Islam memakan babi.

Lebih biadap, lelaki itu menyatakan orang Islam yang makan daging babi boleh menghapuskan dosa. Rakaman bersama suara latar yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada agama Islam dilakukan dalam sebuah lokasi tertutup.

Antara kata-kata suara latar terbabit ialah: "Marilah kita bersama-sama makan babi yang sedap, bahawa mereka akan sudah membuang dosa jika makan. Mulai hari ini semua Melayu boleh makan babi yang sedap.'' Video tersebut juga menunjukkan lelaki terbabit mempersendakan laungan azan sebelum ia diakhiri dengan ketawa individu lain yang merakamkan aksi lelaki itu.

p/s: ish da ketagih kat babi lak kot pas layan dadah(gaya cam mat pit je,hoho)..klu ak dpt bdk ni,ak modified matenye pusing2 cam sesumpah...

1 comments:

yuna_miraie said...

ish2 aku tlg ko modified skali org tu...huhuhu hampas nye manusia diorg nie..

Post a Comment

 

ApeX-On-Air Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008